2015年7月3日星期五

EKONOMI

Tajuk: Kadar Inflasi dengan KDNK di Malaysia


ABSTRAK

            Tema kajian bagi kerja kursus ekonomi kertas 944/4 ialah inflasi di Malaysia dari tahun 2006 ke tahun 2012. Tajuk kajian yang dipilihkan oleh pengkaji ialah inflasi dengan KDNK di Malaysia. Objktif kajian yang ingin mahu dicapaikan oleh kerja kursus ini ialah mengenalpasti aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 ke tahun 2012. Objektif kajian kedua yang ingin dicapaikan ialah menjelaskan hubungan antara kadar inflasi dan kadar pertumbuhan. Selain itu , Pengkaji akan menggunakan kaedah memperoleh data dengan melayari laman sesawang atau merujukkan kepada buku rujukan dan sumber yang dimuat turun dari laman sosial. Kaedah analisis data ialah menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel unutk mendapatkan jadual , graf garis atau peratusan . Di samping itu , hasil daripada kajian ini didapati inflasi Malaysia dari tahun 2006 ke tahun 2012 dapat dikawal dan kadar pertumbuhan KDNK dapat ditingkatkan. Kesimpulannya , kajian ini akan mendapatakan hasil iaitu kadar inflasi menyebabkan peningkatan dan penurunan kadar pertumbuhan KDNK.

1.0 Latar Belakang


            Buku rujukan Oxford Fajah penggal 3 Ekonomi Malaysia menyatakan inflasi bermaksud
suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi  dari semasa dari semasa. Manakala , buku Oxford Fajah penggal 2 makroekonomi menyatakan KDNK membawa maksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu.

            Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi  dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.

            Ahli ekonomi setuju bahawa disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbangkan oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.


Inflasi boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

a)      Inflasi tarikan permintaan

Inflasi ini berlaku disebabkan oleh:
1. Pertambahan bekalan wang
2. Pertambahan Perbelanjaan Kerajaan
3. Peningkatan Pelaburan
4. Penurunan Kadar Cukai

            Apabila berlakunya perubahan-perubahan di atas, maka penawaran agregat turut bertambah . Apabila permintaan agregat terus bertambah ekonomi telah hampir mencapai guna tenaga penuh. Apabila ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh , inflasi tarikan permintaan akan berlaku.

b)      Inflasi tolakan kos

            Inflasi ini berlaku disebabkan oleh :
            1. kenaikan untung firma
            2. kenaikan upah buruh
            3. kenaikan kos faktor pengeluaran

            Apabila berlakunya perkara di atas, maka penawaran agregat akan berkurangandan tingkat harga akan meningkat. Apabila ekonomi telah capai guna tenaga penuh, kenaikan untung firma akan menambahkan desakan kesatuan sekerja untuk menuntut kenaikan upah.Kejayaan kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah akan meningkatkan kos       pengeluaran. Apabila kos pengeluaran meningkat, firma akan mengurangkan penawaran untuk meningkatkan harga. Jika banyak firma mengalami peningkatan dalam kos pengeluaran, maka akan menyebabkan tingkat harga umum terus naik. Kesannya, inflasi tolakan kos berlaku.


c)      Inflasi Diimport
            Inflasi ini berlaku disebabkan oleh kenaikan harga barang diimport atau kenaikan nilai mata wang asing.
            Apabila sesebuah negara mengimport barang dari luar negara yang telah mengalami kenaikan harga, barang-barang import tersebut akan dijual dengan harga yang lebih tinggi di pasaran tempatan. Apabila banyak barang diimport mengalami kenaikan harga maka inflasi diimport akan berlaku di negara berkenaan.
            Kenaikan nilai mata wang asing juga boleh menyebabkan inflasi diimport. Apabila berlaku kenaikan nilai mata wang asing, maka harga barang di luar negeri akan menjadi lebih mahal. Jika barang ini diimport dan dijual di pasaran tempatan, maka inflasi diimport akan berlaku.

           KDNK merupakan  salah satu cara untuk mengukur ekonomi sesebuah negara. Apa yang boleh dilihat secara terus melalui KDNK ini adalah  nilai keseluruhan pasaran, barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara untuk satu-satu tempoh tertentu yang telah ditetapkan.
            Biasanya KDNK akan dikelaskan mengikut beberapa pecahan tertentu  yang harus mempunyai penilaian yang sama terhadap tiga aspek utama iaitu :
            1. Pendekatan produk ( atau keluaran )
            2. Pendekatan Pendapatan (income approach)
            3. Pendekatan Perbelanjaan (expenditure approach)

Cara mengira KDNK mengikut Kaedah Pengeluaran:
 Menjumlahkan nilai ditambah kasar (gross value added) bagi semua pengeluar dalam ekonomi.
 • Bagi pengeluar yang berorientasikan keuntungan (profit orientation), nilai ditambah adalah bersamaan dengan output kasar tolak input perantaraan.
• Bagi pengeluar yang bukan berorientasikan keuntungan, nilai ditambah bersamaan dengan menjumlahkan pampasan pekerja (compensation of employee), penggunaan modal tetap (consumption of fixed capital) dan cukai tak lansung tolak subsidi.


Cara mengira KDNK mengikut Kaedah Pendapatan (Income Approach):
                KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan
            Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha. +

Cara mengira KDNK mengikut Kaedah Perbelanjaan (Expernditure Approach):
            KDNK = penggunaan (consumption atau "C") + pelaburan kasar (gross investment atau "I") + perbelanjaan awam (government spending atau "G") + (eksport atau "X" − import atau "M"), atau, KDNK = C + I + G + (X-M).
            Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.

2.0 Penyertaan Masalah 
Tajuk yang telah dikaji oleh pengkaji ialah “ Kadar Inflasi dengan KDNK di Malaysia” . Penkaji memilih tajuk ini adalah untuk mengenalpasti aliran kadar inflasi dan menjelaskan hubungan kadar inflasi sama ada sentiasa meningkat atau sebaliknya. Selain itu , pengkaji juga mengkaji pertumbuhan KDNK di Malaysia pada tahun 2006 ke tahun 2012. Kajian ini boleh membantu pembual dasar mengenalpasti masalah dan mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bukan itu sahaja , kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pengkaji yang lain.

3.0 Objektif  Kajian
Pada amnya kajian ini ialah:
            3.1 mengenalpasti aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 ke tahun 2012
            3.2 menjelaskan hubungan antar kadar inflasi dengan kadar pertumbuhan

4.0 Kaedah Kajian
            Kajian ini menggunakan data sekunder , laporan ekonomi dan laman sesawang untuk memperoleh data. Data sekunder merupakan data yang sudah disediakan sehingga dicari dan dikumpulkan. Data sekunder dapat membantu pengkaji untuk memperoleh data dengan lebih cepat dan mudah kerana informasi-informasi sudah disediakan di perpustakaan, buku rujukan atau sumber laman sesawang. Buku yang dirujukan oleh pengkaji ialah buku Oxford teks PRaU STPM dan pengkaji juga melayari laman web Jurnal Ekonomi Kementerian Malaysia dan Jabatan Statitik Malaysia untuk mendapat dan memperoleh data kajian ini.

1 条评论:

  1. hai Eileen wong,, can u teach me how to describe the objektif kajian?

    回复删除